Perjalanan Kisah Seorang Pelukis : Latif Maulan, sebuah biografi ringkas
Aku lahir pada tahun 1974 di Kampung Lebu, Bentong Pahang. Persekitaran di kampung waktu itu masih segar dengan rimbunan hutan hijau yang segar dan sungai-sungai pun masih cantik kalau dibandingkan sekarang, sungai telah mengecil dan terbiar. Aku masih ingat sewaktu kecil mencari siput sedut di sungai sambil menghirup udara segar dan mendengar kicauan unggas serta burung, suasana amat damai dan tenang. Mandi sungai, mandi hujan bermain tanah adalah memori yang sangat menyeronokkan sewaktu itu. Lukisan terawal aku banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran ini.
Aku masih ingat sewaktu kecil kakak-kakakku membawa pulang kapur papan-hitam dari sekolah yang bewarna warni ke rumah. Apa lagi habis dinding rumah aku kerjakan , dari gambar kartun orang lidi sehingga gambar robot. Mak aku langsung tak marah dengan contengan tersebut, mungkin ini menyebabkan minat aku berkembang dalam seni lukis hingga meningkat besar, kedua orang kakak aku memang berbakat melukis sebenarnya, mereka banyak membimbing aku dalam mengasah bakat melukis, tapi sedihnya mereka tidak meneruskan bakat mereka dengan lebih jauh, selepas habis sekolah dan berkahwin semua tak sentuh bahan lukisan, terhenti begitu sahaja.
1981-1991 : Bersekolah Darjah 1 tahun 1981 sehingga Darjah 6 (1986). Tingkatan 1 (1987) sehingga Tingkatan 3 (1989) di Sekolah Menengah kebangsaan Lurah Bilut, Bentong Pahang. seterusnya sambung ke Tingkatan 4 (1990) hingga Tingkatan 5 (1991) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang. Sewaktu di Tingkatan 5 aku ditempatkan di kelas aliran sains.
Pada sewaktu itu budak-budak kelas sains memang memang tak boleh nak ambil Subjek Seni, kalau nak ambil Subjek Seni kena tukar ke Aliran Sastera. Hampir sebulan melayan aliran sains dengan Matematik Tambahan, Fizik, Bio dan Kimia segala, kemudian aku mengambil keputusan untuk bertukar ke Kelas Aliran Sastera sebab memang dah minat pada Subjek Seni. Setelah beberapa bulan selepas itu barulah pihak sekolah mengumumkan budak-budak kelas Aliran Sains boleh mengambil Subjek Seni, dah tukar aliran, teruskan jer lah.
1992-1999 : Habis sekolah menengah di hujung tahun 1991, aku dapat keputusan SPM cemerlang dengan 15 Agregate. Disebabkan masalah keewangan aku tak dapat nak meneruskan pengajian ke Univeriti diatas kekangan keewangan kerana ingin menyara emak dan ayah yang sudah tua dan tak berdaya untuk bekerja. So, aku melupakan niat untuk sambung belajar dan terus mencari kerja, aku dah tak kisah dah nak kerja apa sewaktu tu.
Daripada kerja kilang, mencuci pinggan di HSBKL, jadi pelayan restoran di pusat peranginan yang berdekatan tempat aku dan akhir sekali aku jadi Artist Display kat sebuah pasaraya Bentong, itulah satu-satunya kerjaya yang aku rasa dekat sikit dengan minat aku dalam seni, walaupun namanya Artist tapi bukanlah artist yang sebenarnya tapi lebih kepada jadi artist menulis Tulisan dan Tanda Harga barang dalam pasaraya tu, ada jugak pengalaman aku menulis tulisan Cina kat kertas tanda harga tersebut, selain menulis tanda harga barang, aku juga ditugaskan untuk mendekorasi display-display yang ada pada setiap Hari Perayaan utama seperti Hari Raya, Raya Cina, Depavali dan Krismas.
Bayaran gaji , ok lah pada zaman itu, dapatlah aku survive, sewaktu tu memang aku tak terpikir lagi pasal nak jadi Pelukis Sepenuh Masa dan aku langsung tak tahu apa itu kerjaya sebagai Pelukis dan akan kewujudannya. Satu hari aku terserempak dengan Cikgu Seni sewaktu di Sek Menengah Keb Bentong Cikgu Fatimah Aini. Dia rekomenkan aku supaya bertemu dengan seorang bekas pelajarnya Mariana Salleh yang sewaktu tu dah berjaya menjadi seorang Pelukis Sepenuh Masa di sebuah Art Gallery KL. Mariana bersetuju untuk mengadakan temujanji aku dengan mentor atau gurunya iaitu Raja Azhar Idris
Memang agak rasa berdebar juga pertama kali masuk Art gallery, aku bawa semua lukisan lukisan lama aku untuk ditunjukkan kepada beliau, setelah melihat segala karya yang kubawa, kemudian beliau bersetuju untuk membimbing aku secara tidak formal untuk menjadi seorang Pelukis. Di situlah bermulanya kerjaya aku sebagai seorang Pelukis Sepenuh Masa, berjinak dalam kancah kesenian yang tiada berpenghujung, zaman itu memang susah nak dapat sambungan internet, media sosial, FB dan sebagainya memang takde. Tak boleh nak update update seperti hari ini.
Sewaktu melukis di Art Case Gallery |
Sewaktu itu aku masih lagi bekerja di Pasaraya, aku hanya pergi ke KL belajar dengan Raja Azhar seminggu sekali. Bulan pertama dan kedua aku hanya disuruh membuat latihan lakaran ataupun drawing sahaja, setiap minggu aku berulang menaiki bas dari Bentong ke Kuala Lumpur, sampai di Perhentian Pekeliling aku kena jalan kaki ke Chow Kit untuk kejar Bas Mini ke Ampang dimana Galeri Art Case Raja Azhar sewaktu itu. Gigih. Begitulah rutin aku setiap minggu tanpa mengenal erti jemu bermacam pengalaman , pernah kena pau dengan mat-pet(dadah) sewaktu menunggu bas di Pekeliling.
Setelah hampir dua bulan habis dengan latihan lakaran/drawing tiba masanya aku disuruh bertukar kepada media cat air, sewaktu tu aku banyak melukis life ataupun melukis secara depan depan. Subjek aku sewaktu tu banyak siri still-life buah-buahan dan siri dapur. Aku masih ingat lukisan pertama aku terjual di Galeri dengan harga 5 ratus ringgit, gembira tak terkata, seronok sungguh aku waktu tu.
Melukis di tempat kerja di Supermarket Jaya Bentong |
Hampir setahun aku masih tak berani untuk berhenti kerja, sewaktu tu memang aku hadap melukis selepas waktu kerja di Pasaraya, memang perit juga. Siang kerja, balik kerja terus lukis sampai lewat pagi, memang masa sangat terhad, tetapi disebabkan oleh minat yang tak berbelah bagi aku hadapi dengan penuh semangat dan gembira dengan apa yang aku buat.
Melukis di Hostel tempat kerja |
Setelah setahun aku bertukar media kepada akrilik, subjek aku masih still life dan alam semulajadi. Di galeri banyak yang aku pelajari tentang kerjaya sebagai seorang pelukis, tentang bagaimana untuk menjual karya dan menghasilkan karya yang boleh dijual dan disukai pelanggan. Lukisan aku mula mendapat tempat di hati kolektor setempat, sewaktu tu aku dikenali dengan lukisan yang mempunyai titisan air. Di situ juga banyak aku mengenali pelukis-pelukis yang sudah bekerjaya sebagai pelukis sepenuh masa selain dari Mariana Salleh seperti Khalil Ibrahim, Yusuf Ghani, Ismail Latif, Bayu Utomo dan sebagainya. Banyak juga nasihat dan semangat yang aku terima dari mereka.
2000 – 2003: Dalam tahun 2000 aku berjaya melangkahkan kaki ke Kota New York selama 2 minggu, zaman itu hp gadjet dan fb pun tak femes lagi dan tak wujud lagi, tak boleh nak update live seperti sekarang, untung la korang sekarang, seingat aku aku hanya ada blog jer mase tu, itupun online sekejap sekejap jer sebab takde internet. Hanya dengan tulisan dari pengalaman je aku dapat kongsi. Kebetulan di MOMA (Meseum Of Modern Art New York) masa tu dorang ada pameran Vincent Van Gogh bertajuk Mr. Postman, sepuluh keping masterpiece portrait Mr. Postman yang dilukis oleh Vincent , gambar yang sama tapi warna yang berbeza setiap satunya, yang aku merasakan agak rare jugak lukisan tu. Lepak di New York selama dua minggu pengalaman yang agak menarik mase tu jalan jalan di Broadway Menyaksikan persembahan Lion King di Theatre Di Braodway, China Town dan Central Park, duit jual lukisan habis di sane jer tak simpan pun janji puas aku berjalan di negara asing. Member aku tanya berani kau yer first travel terus ke “the other side of your world he he he”, peluang datang sekali takkan aku lepaskan waktu tu.
Tahun berikutnya aku berpeluang ke Australia, aku lepak selama 3 bulan di kawasan yang agak terpencil iaitu di Cooktown, sebuah pekan cowboy, aku lepak di backpackers. Melukis kat hostel tu selama 3 bulan . Ada jugak lukisan aku terjual beberapa keping di sana. Seingat aku gambar lukisan ikan bawah air (underwater painting) yang terjual di sana dan beberapa keping gambar bunga.
Working Holiday at UK |
Dalam tahun 2002 aku berpeluang bekerja sambil bercuti “working holiday” sebagai Pereka Grafik di sebuah syarikat pembekal bahagian dalaman Jam M&P. Aku bekerja selama hampir setahun di UK, lepak di bahagian East Sussex England, banyak yang aku belajar dan paling best mereka ada suatu kawasan perumahan khas untuk pelukis-pelukis, di mana mereka membuat pameran di rumah, setiap tahun mereka akan meletakkan upacara pameran dalam kalendar pelancongan mereka. Kita boleh pegi dari pintu rumah ke pintu rumah untuk tengok pameran yang diadakan oleh setiap pelukis, sangat menarik.
Kita boleh tengok karya mereka dari ruang tamu hingga ke bilik tidur dan dapur, semua digantung dengan hasil karya mereka. Setiap pelukis ada identiti yang tersendiri ada pengarca dan pelukis, tapi aku rasa kalau kita nak survive untuk menjual lukisan di sana agak susah sedikit sebab kita kena buat hasil karya lagi canggih dari mereka dan kena bertanding dengan pelukis tempatan yang boleh dikatakan hebat dan sangat ramai, bak kata orang “Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri” lagi baik di Negara Sendiri walau macam mana susahpun. Lagi satu kalau kita nak timba pengalaman di mana-mana negara sebagai pelukis kita boleh apply Visa Artist , tapi kita tidak dibenarkan bekerja, kita hanya dibenarkan menghasilkan karya dan menjualnya sahaja. Persoalannya kalau tak kerja nak makan ape doh kalau lukisan tak terjual.
Pada awal tahun 2003 aku kembali ke UK lepak di kawasan Plymouth di mana aku berpeluang consignment kan hasil karya aku di sebuah Art Gallery tempatan Barbican Gallery dan berjaya menjual beberapa keping lukisan di sana. Kalau kita nak cepat jual karya di sana, kita kena buat hasil karya berbentuk deco realist seperti pemandangan landskap tempatan, alam semulajadi, bunga dan sebagainya iaitu subjek berkaitan dengan tempat yang kita tinggal.
Aku kembali semula ke Malaysia pada Julai 2003 dan meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang pelukis sepenuh masa, dan berjaya mengadakan Pameran Solo pada tahun 2006 di Art Case Gallery pada waktu itu yang bertajuk ‘Parallel Universe”
Parallel Universe 2006 |
Di sewaktu tempoh aku sebagai artis residen di Art Case Gallery, aku diberi pandangan yang tidak ternilai tentang selok-belok dunia seni, memahami kepentingan pameran solo dalam membentuk identiti dan reputasi sebagai seorang pelukis. Menerima cabaran ini, aku memulakan usaha untuk membuat pameran solo, memilih untuk meneroka tema komentar sosial—sebuah peralihan tematik yang mendorong perjalanan kreatif selama setahun.
Antara karya-karya yang dihasilkan dalam tempoh ini ialah "AWAS! DILARANG MASUK" dan "SILHOUETTE JOURNEY," kedua-duanya berfungsi sebagai alegori visual yang merangkumi kelemahan dan ketidakadilan masyarakat. Melalui komposisi yang halus dan motif simbolik, aku dengan mahir mencetuskan introspeksi, mendorong penonton untuk menyelami lebih jauh dan menghadapi kebenaran yang tidak selesa. Karya seni aku melampaui daya tarik estetik semata-mata, menyelami dikotomi antara penampilan dan realiti. Pemandangan bandar yang jelas menggambarkan alam semesta selari—sebuah dunia yang tidak terlihat yang didiami oleh golongan terpinggir masyarakat. Melalui karya seperti " JALAN SEHALA" dan "BELAKANG," aku mendedahkan sisi gelap kehidupan bandar, menawarkan sekilas pandang yang menggugah tentang kehidupan yang terabai oleh masyarakat.
Hari Perasmian "Parallel Universe" 2006 |
Pameran solo aku tahun 2006 berjaya dilaksanakan di Art Case Galeri dibawah mentor Raja Azhar Idris sewaktu itu, Pameran Solo aku itu diberi tajuk "PARALLEL UNIVERSE ( ALAM SELARI )," dibuka dengan sambutan yang gemuruh, visi seni aku mendapat pengiktirafan yang meluas. Pelancaran rasmi pameran ini, yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato Azalina Othman, menggariskan kepentingannya dalam dunia seni. Kolektor terkenal, termasuk Bank Negara Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara Malaysia, turut menyokong dengan membeli karyaku di pameran tersebut, ini dapat mengukuhkan kedudukan aku sebagai artis yang dihormati dalam landskap kebangsaan.
Daripada fasa transformasi ini, aku telah diberi pandangan yang tidak ternilai tentang kehalusan pasaran seni, memahami pelbagai motivasi yang mendorong kolektor. Daripada mereka yang mencari pengayaan estetik kepada pelabur yang bijak, aku mengemudi selok-belok pemerolehan seni dengan kemahiran, meletakkan asas untuk legasi yang berpanjangan. Secara retrospektif, perjalanan aku merangkumi evolusi seorang artis—sebuah perjalanan yang ditandai oleh eksplorasi kreatif, inovasi tematik, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap integriti seni.
Ketika aku terus meneroka horizon baru, jejak yang tidak dapat dilupakan oleh aku pada kanvas seni berfungsi sebagai bukti kuasa seni yang berterusan untuk memprovokasi, menginspirasi, dan mencetuskan perubahan.
Terpesona dengan suasana seni yang sibuk di Kuala Lumpur, hati aku tetap merindui ketenangan kampung halaman. Oleh itu, selepas bertahun-tahun menjalin kerjasama dengan Art Case Galeri di bawah mentor Raja Azhar yang banyak membantu dalam menjadikan aku seorang Pelukis Sepenuh Masa, aku membuat keputusan untuk memulakan perjalanan solo sebagai Pelukis, keluar dari Art Case Galeri, kembali ke Bentong untuk terus mengasah bakat di tengah keindahan alam semula jadi, kembali ke akar umbi di Bentong.
Namun, dalam tempoh ini, aku menghadapi realiti keras dunia seni apabila usaha aku dan seorang rakan membuka sebuah Art Galeri di Shah Alam untuk komuniti seni yang aku bangunkan dari laman web "My Art Host" ramai pelukis-pelukis berbakat dari seluruh Malaysia yang yang aku temui di sini. "My Art Host," di Shah Alam, gagal disebabkan kurangnya promosi dan sokongan.
Tanpa gentar dengan kegagalan, aku kembali ke kampung halaman di Kampung Lebu, di mana aku menemui ketenangan dalam seni, melukis di rumahku di Kampung. Pada tahun 2011, peluang muncul dengan pameran solo kedua aku, iaitu "Without Voice," yang dikendalikan oleh Rafiza di White Box Publika, Dutamas, Kuala Lumpur. Sekali lagi kejayaan pameran ini melonjakkan karya seni aku ke dalam perhatian, dimana karyaku sekali lagi menjadi koleksi Balai Seni Visual Negara Malaysia
Pada tahun 2013, di tengah ketidakpastian, semangat keusahawanan aku dinyalakan semula apabila seorang kawan mencadangkan idea untuk membuka galeri seni pop di Publika, Kuala Lumpur. Walaupun masih bimbang dengan kegagalan yang lalu, aku mengambil langkah berani, mengubah keraguan menjadi tekad. Dengan semangat dan ketekunan, aku mengharungi kerumitan dunia seni, membentuk ikatan dengan artis-artis lain seperti Adeputra Masri dan Ajim Juxta.
Penubuhan "Titik Merah" bersama Adeputra Masri dan Ajim Juxta menandakan bab baru dalam perjalanan aku, memperkukuhkan kehadiran aku dalam komuniti seni yang bertenaga di Art Row, Publika. Walaupun cabaran mengurus galeri sambil mengembangkan bakat, dedikasi aku membuahkan hasil apabila karya seni aku mendapat pengiktirafan dan bergaung dengan penonton.
Selepas setahun yang mengubah hidup di Art Row Publika, aku kembali ke Kampung Lebu, di mana aku mendirikan studio, merangkul lanskap pemasaran dalam talian yang semakin berkembang untuk mempamerkan ciptaan aku kepada penonton global. Selama hampir dua dekad, karya seni aku telah melintasi sempadan, menghiasi koleksi institusi dan kolektor peribadi yang dihormati di seluruh dunia.
Melalui semangat, ketekunan, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap seni, aku telah muncul sebagai penerang dalam dunia seni Malaysia, satu bukti kuasa transformasi seni dan semangat juang yang tidak terpadam dalam perjalanan manusia.
Selepas berjaya mengadakan pameran solo bertajuk "Parallel Universe" pada tahun 2006. Beberapa tahun bersama Art Case Galeri, aku memutuskan untuk menjadi artis solo dan keluar dari galeri lalu kembali melukis di Kampung halamanku di Kampung Lebu, Bentong Pahang.
Antara tahun 2008 hingga 2010, aku dan rakan-rakan membuka galeri seni di Shah Alam dengan komuniti seni yang kubangun di laman web yang dipanggil "My Art Host". Malangnya, rancangan itu tidak berjaya kerana kekurangan promosi, di mana pada masa itu media sosial seperti Facebook, Instagram, dan platform dalam talian lain belum popular. Oleh itu, aku dan rakan-rakan terpaksa mempromosikannya secara manual tetapi perniagaan galeri tersebut tidak berjaya. Hampir tiada satu pun lukisan yang terjual pada masa itu. Aku terpaksa menerima realiti bahawa dunia seni tidak selalunya indah, kadang-kadang kegagalan boleh menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapi kehidupan. Aku kembali melukis di kampung halaman di Kampung Lebu.
Dua tahun berlalu, sekali lagi seorang rakan mencadangkan aku untuk membuka "POP-UP" galeri, tetapi kali ini di Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur. Aku pada mulanya berasa ragu kerana tidak mahu mengalami kegagalan yang sama seperti pengalaman pertama membuka galeri seni di Shah Alam yang lalu membuatkan aku rasa tidak bersemangat. Setelah berfikir beberapa hari, aku akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut. Apa salahnya mencuba sekali lagi, tidak salah untuk mencuba dariapda tidak mencuba langsung.
Aku masih ingat mengangkut lukisan-lukisanku pada waktu malam dengan menyewa lori getah orang kampung untuk dibawa ke Art Row Publika. Sebuah Shopping Mall yang boleh dikatakan berprestige dan bertaraf kelas atasan. Sewaktu itu, Pusat Beli-belah Publika menawarkan peluang kepada seorang artis untuk membuka galeri "POP-UP" untuk jangka masa pendek antara 3 hingga 6 bulan. Satu artis, satu galeri. Pada masa itu, aku tidak kecukupan wang untuk membayar deposit kepada vendor, jadi aku terpaksa meminjam wang deposit dari seorang rakan. Aku hanya berserah kepada Allah waktu itu, yakin dan usaha.
Pop-Up Galeri di Publika Jalan Dutamas KL |
Tetapi kali ini berbeza, suasananya, orang-orangnya, terasa seperti mereka mempunyai gaya hidup yang berbeza, sangat berbeza dengan galeri di Shah Alam. Aku dapat merasakan perbezaannya. Kini aku tahu bahawa jika ingin membuka galeri seni, tempat yang strategik memainkan peranan penting dalam perniagaan. Dalam galeri aku ada sediakan print-up kisah aku.... iaitu kisah ringkas aku dalam sebuah kertas A4 yang aku dah print banyak dan letak di atas meja untuk pelanggan yang datang, apabila orang masuk galeri... mereka akan kuberi kertas tersebut untuk dibaca sambil menyaksikan karya-karyaku di dalam galeri. Ditakdirkan.... Selepas seminggu membuka Pop-Up galeri, salah satu karya seniku yang besar berharga 15 ribu ringgit terjual di galeri Syukur "Alhamdulillahhhh" Terima kasih Allah.... Pelanggan tersebut bertanyaku kembali, " Tahu tak kenapa saya beli lukisan kamu?" Aku hanya menggelengkan kepala.. dia kata "Saya beli sebab saya baca kisah kamu dalam kertas ni... " Sebagai pelukis, tips penting... untuk menulis kisah hidup anda supaya boleh dijadikan biografi ringkas bagi pelanggan yang membeli karya kita. Kadang-kadang kita boleh tambah perasaan ingin membeli kepada pelanggan dengan menyediakan perkara tersebut.
Bagi aku pelukis yang berjaya adalah pelukis yang berjaya menjual lukisannya. Selepas itu, satu demi satu karya seni aku hampir habis terjual di galeri seni pop tersebut. Syukur Alhamdulillah. Dari situ aku berjaya membeli kereta secara cash , aku terpikir untuk membeli kereta yang agak selesa dan boleh bergerak laju supaya aku boleh berulang melihat orang tuaku di Kampung. Iaitu kereta Airtrek yang aku pakai sehingga hari ini.
Hampir setahun Di Art Row, Publika, aku meneruskan perjalanan seni aku dan bersama Adeputra Masri, Ajim Juxta, dan artis-artis muda lain membentuk sebuah komuniti kolektif yang dipanggil "Titik Merah".
Pengalaman membuka galeri seni di Publika memberikan aku banyak pengajaran. Aku terpaksa menjaga galeri dan pada masa yang sama melukis, ia sangat sukar dan mencabar. Tetapi hasilnya sangat membanggakan, kerana telah banyak karya seni aku terjual pada masa itu. Ternyata pengalaman tidak boleh dijual beli.
Selepas hampir setahun di Art Row Publika, aku kembali ke Kampung Lebu dan menubuhkan studio di sana. Aku meneruskan perjalanan seni dan menumpukan kepada penjualan dan pemasaran karya seni aku melalui dalam talian, kerana masa telah berubah, kini orang menjalankan perniagaan hanya dari rumah menggunakan internet. Jika ada yang berminat dengan karya seni aku, aku akan membawa karya tersebut kepada mereka untuk dipamerkan. Jika pelanggan ingin melihat secara langsung, mereka boleh datang dan melawat studio aku di Kampung Lebu.
Selepas hampir 20 tahun menjadi artis sepenuh masa, karya seni aku telah dikumpul oleh banyak syarikat swasta dan institusi yang berprestij seperti Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Balai Seni Lukis Negara Malaysia, Muzium Seni Pahang, PUNB (Permodalan Usahawan Nasional Berhad), Parlimen Malaysia, Mead and Johnson New York, Saatchi Online Gallery California, dan banyak lagi kolektor yang lain.
Melalui semangat, ketekunan, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap seni, satu bukti kuasa transformasi seni dan semangat juang yang tidak pernah terpadam dalam perjalanan hidupku. "ALHAMDULILLAH' "INI SEMUA ADALAH DARI LIMPAH KURNIA DARI TUHANKU"
PAMERAN BERKUMPULAN, SOLO DAN MEDIA
- 2024 Figuratively Speaking, Figurative Group Show by Titikmerah, Greydea Studio KL
- 2024 Titikmerah 10, Individuals / Collective A Group Exhibition, TemuHouse KL
- 2023 Expandables, Group Exhibitions Alumni SMK Bentong Pahang
- 2023 Rekindle The Child Within, Group Exhibition, Titikmerah Collective, Hin Bus Depot Penang
- 2021 TV3 Borak Kopitiam 25 July
- 2021 MAEF21 REMINISCENCE Group Exhibition; TitikMerah Collective; BITARA SENI TENGGARA : MAEF21 ART EXHIBITION; WORLD TRADE CENTRE KL (WTCKL)
- 2020 TV3 Malaysia Hari Ini, 24 Disember
- 2020 HOM Open Art Group Exhibition, HOM Art Gallery, Kuala Lumpur
- 2019 TV3 Malaysia Hari Ini, 9 Disember
- 2019 Pameran Warisan Seni Pahang, Muzium Seni Pahang, Kuantan
- 2018 Tales Of Apocalypse, Solo Exhibition, Titikmerah Galeri, Publika, Jalan Dutamas KL
- 2017 2-MAN SHOW, Latif Maulan VS Adeputra Masri, Titikmerah, Publika, Jalan Dutamas KL
- 2017 Collective Individuals II, Group Exhibition, Urbanscape House, Kuala Lumpur
- 2017 Collective Individuals, Group Exhibition, Hin Bus Depot Art Centre, Penang
- 2017 Nature Nutured, Group Exhibition, Sasana Kijang Gallery, Bank Negara Malaysia
- 2016 Winner Redbull ehwaubulan Art Showcase Exhibition
- 2016 Dengan Cara Kita ( In Our Own Ways) Group Exhibition, National Visual Art Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia.
- 2016 Lain Daripada Yang lain ( Different From The Rest ) , Galeri Shah Alam.
- 2015 Melukis Puisi Pyan Habib : Group Exhibition , House Of Matahati (HOM)
- 2014 COLLECTIVE ASIA - Maya Gallery Singapore
- 2014 FREEDOM UNDER CONSTRUCTION - Myanmar Art Exchange Programe - HOM Art Trans - Kuala Lumpur, Malaysia
- 2013 TV3 Malaysia Hari Ini, 28 February
- 2013 INTRO exhibition; Latif Maulan Open Studio : Art Row Publika: Solaris Dutamas
- 2013 The Young Contempos: Henry Butcher Art Auctioneers, Malaysia ;Southeast Asian Art, Kuala Lumpur
- 2012 CHARCOAL CRAYON + [water]COLORS, JADA ART, ION Art Space, Singapore
- 2012 A Meter Diameter HOM (House Of Matahati) Ampang, Kuala Lumpur
- 2011 Pameran Solo: With[out] Voice MapKL, Solaris Dutamas 1, Kuala Lumpur
- 2011 Manifestasi Merdeka Balai Seni Visual Malaysia, Kuala Lumpur
- 2010 Bad Art MapKL, Solaris Dutamas 1, Kuala Lumpur
- 2009 Artistic Journey, RA Fine Art Gallery
- 2009 Zinc Opening, Zinc Art Space, Kuala Lumpur
- 2009 MEA award, Finalist. KL
- 2009 Tampannya Budi, National Art Gallery, Kuala Lumpur
- 2009 Pameran Amal Palestin, National Art Gallery , Kuala Lumpur
- 2008 SUSUR MASA, National Art Gallery , Kuala Lumpur
- 2007 Pameran Anak Pahang , National Art Gallery, Kuala Lumpur
- 2006 PARALLEL UNIVERSE, First Solo Exhibition, Art case Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia
- 2005 Tsunami Fund Art Donation, Malaysian Red Crescent, ART Case Gallery, Kuala Lumpur
- 2004 Melting Pot Of Culture, Great Eastern Mall and Art Case Gallery, Kuala Lumpur (Demonstration of realism art painting)
- 2002-2003 Inspirational Travel England, France, Italy
- 2001 Inspirational Travel Australia
- 2000 Collector Party, Excel Gallery, Columbus Avenue, USA
- 1999 The Journey Of Malaysian Art, Kuala Lumpur.
- 1999 Miniaturization, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.
- 1998 Mirror-Mirror On The Wall, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.
- 1997 A Question Of Balance, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.
- 1996 Rupa Kata, Pekan Seni Ipoh, Perak, M'sia.
Comments
Post a Comment